Jawapan :Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara’. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.
Bercouple seolah2 sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab2 yang di haruskan syarak. Lain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama tunang pun masih haram keluarr bersama tanpa di temani oleh mahram.
Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.
wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan